Statistik
daripada Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa 1 daripada rakyat Malaysia
berisiko
menghidap kanser dalam hayat mereka dan ini boleh berpunca daripada
kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet harian mereka.
Elken Sdn. Bhd, sebuah organisasi pemasaran berangkaian yang terkemuka,telah melancarkan Fitorac, suatu perumusan khas yang mengandungi 21 jenis buah-buahan dan sayuran yangpelbagai. Campuran fitonutrien Fitorac yang tinggi membekalkan suatu kandungan yang kaya dengan antioksidan yang dikenal pasti dapat mencegah penyakit.
Makanan yang kaya dengan antioksidan diketahui umum amat baik untuk kesihatan tetapi tahap antioksidan yang dapat dalam makanan biasanya sukar untuk disukat. Itulah sebabnya mengapa ORAC atau Keupayaan Penyerapan Radikal Oksigen dibangunkan oleh pakar sains di National Institute of Ageing dan National
Institutes of Health Baltimore sebagai suatu
metode untuk menyukat keupayaan antioksidan dalam pelbagai jenis makanan. Makin
tinggi ORAC di dalam sesuatu makanan, makin tinggilah keupayaan untuk
meneutralkan radikal bebas. Kajian menunjukkan bahawa banyak memakan makanan
yang kaya dengan ORAC boleh meningkatkan kuasa antioksidan dalam darah manusia
sebanyak 10-25 peratus.

Kebanyakan daripada kita memang tidak mempunyai masa dan daya untuk memastikan diri kita memenuhi pengambilan buah-buahan dan sayuran yang disyorkan. Mujurlah, kini kita boleh mengetepikan kebimbangan itu secara mudahdengan mengambil segelas Fitorac setiap hari yang bersamaan dengan pengambilan tujuh hidangan buah-buahan dan sayuran organik daripada kesemua 7 kumpulan warna makanan
Lepaskan Kuasa Warna dengan Fitonutrien
Menurut Institut
Kanser Kebangsaan Amerika, kita seharusnya sasar pada purata 7 hidangan
buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari untuk merendahkan risiko pertumbuhan
abnormal sel. Ini adalah kerana buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi
fitonutrien yang merupakan penghapus radikal bebas yang berkuasa dan penggalak
sistem imun. Hakikatnya, makin ‘berwarna’ diet kita, makin tinggi kandungan
fitonutriennya.
Secara am, fitonutrien
didapati dalam 7 kumpulan warna yang berbeza. Pengambilan yang memadai kesemua
kumpulan warna adalah penting kerana setiap satu memberikan reaksi oksidatif
yang berbeza. Bagaimanapun, memenuhi keperluan 7 hidangan buah-buahan dan
sayur-sayuran setiap hari daripada 7 kumpulan warna adalah suatu cabaran utama
bagi kebanyakan kita.

JAMINAN KUALITI
0 comments:
Post a Comment